Anda sepatutnya menjadi seorang jurutera jika:
1.... dalam dilemma semasa membuat pilihan samada untuk membeli bunga untuk buah hati atau meningkatkan RAM komputer anda...
2.... semasa menghabiskan masa belayar bersama sebuah kapal pelancongan, anda membuat lawatan peribadi ke bilik injin.
3.... semasa di kolej, anda merasakan cuti semester merupakan kegagalan fatik logam (metal fatique failure)..
4.... jurujual biasanya tidak dapat menjawab soalan anda....
5.... semasa pertunjukkan udara, anda bercakap mengenai kelajuan penerjun....
6.... anda menyimpan semua soket untuk peralatan elektrik yang sudah rosak...
7.... anda telah membuat rekaan yang cantik tapi masih mengubahnya...
8.... anda menghabiskan banyak masa dengan kalkulator dari cincin perkahwinan anda.
9.... komputer notebook anda melebihi harga kereta anda....
10.... anda cuba membaiki radio yang berharga RM5......
Anda tidak faham? Anda memang bukan seorang jurutera...
engineer ke ko???
06:28 |
Read User's Comments1
cerpen dak darjah 4....kemalangan ngeri~~~"ngeri la sangat"...lucu tol
06:17 |
Pagi itu pagi minggu.
Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.
Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya.
Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands.
Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai dengan menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat.
p/s: cerpen ini tiada kaitan antara yang masih idop atau yang telah meninggalkan dunia~~~lawak-lawak je...hehehe
sikap
09:04 |
Semakin lama saya hidup, semakin saya sadar
Akan pengaruh sikap dalam kehidupan
Sikap lebih penting daripada ilmu,
daripada wang, daripada kesempatan,
daripada kegagalan, daripada kejayaan,
daripada apapun yang mungkin dikatakan
atau dilakukan seseorang.
Sikap lebih penting
daripada penampilan, kurniaan @ keistimewaan.
Hal yang paling menakjubkan adalah
Kita memiliki pilihan untuk menghasilkan
sikap yang kita miliki pada hari ini.
Kita tidak dapat mengubah masa lalu
Kita tidak dapat mengubah tingkah laku orang
Kita tidak dapat mengubah apa yang pasti terjadi
Satu hal yang dapat kita ubah
adalah satu hal yang dapat kita kawal,
dan itu adalah sikap kita.
Saya semakin yakin bahwa hidup adalah
10 persen dari apa yang sebenarnya terjadi pada diri kita,
dan 90 persen adalah bagaimana sikap kita menghadapinya.
kpm (process & food engineering); kita kawan untuk selamanya~~~~~
05:18 |
"Friendship" a word that cannot be describes only by mouth but we must feel the spirits of being friend to others and appreciate the relationship. There is no possession more valuable than a good and faithful friend. I never knew what wonders friend can do to cheer up our daily life. Surely, friends can change things around us into smiles, sunshine and happiness. I only realize that the relations between me and my friends are getting stronger despite we are further away from each other. We always thinking to each other and the wonderful memories that we have been through together cannot be erase from our mind. Besides, good friends never expect anything in return from us for being good to us. A good friend always be there when we need their help and always with us when we are happy. As I grow older, I more appreciate friendship because it is the most valuable precious that we cannot get it back when we lose it. In additions, I would like to express my dedication to my beloved friends that always accompany me during my first year at university until now especially to Wawa, Jay, Syawal, Asma, Awe, Anor, Azie, Awanis ,Wahid, Eja, Salwani, Mizah, Kimah, Fara, Raud, Ieka, Shikin, Shira, Mia, and Greeti . They were still my friends now and forever as there is nothing that can ruin our friendship. If I'm out of time and I could pick one day, I would pick the day I met you all. Thank you for being my friends and I want to apologize for what I've done that making you all upset or angry with me. Thus, a friendship requires a lot of patience and understanding same like a couple and all those things is to maintain our friendship. In conclusion, a closed friend is a companion for life and I'm glad that I have wonderful friend that always besides me now and forever.
piah kesayangan kami buat selamanya~~~~
10:02 |
On September 16th, 1994, God blessed mine and my family by giving Syafiqah, my younger sister. She was born into a family of five: my father, a wonderful and encouraging man, my mother, a beautiful and selfless woman, my great older sister, my naughty brother and me—a typical five year old girl. Though I was very young, this was a day that changed my life forever. I remember holding her when she was born and just being so proud of her. Syafiqah is a very special, very unique person. There are many qualities that God blessed my sister with, that truly set her apart from so many others. When she was one year old, she had truly hard time because she gets high fever at very young age that changed her life forever. Doctor actually cannot recognize her specific illness and she need to do water injection for spinal. However the situation become critical when doctor said that she confirmed had damage on her nervous system and may caused she lost her ability to walk. It was a very difficult period for us, as we were forced to fight against time, stress, and hidden emotions to treat my sister. My parent never gives up and tries many ways to cure her illness. Almost her whole life only depends on therapy method and God blessed her; she can walk at her fifth birth anniversary. Although she can walk but it slightly different from other normal people and my sister was categorized as O.K.U person. Syafiqah is one of the silliest people that I have ever met who often times doesn’t care what others think of her, just so long as she is having fun .She need lots of attentions from our family. I love her so much and no other person can replace her position in my family forever. I’d just pray to God for blessing her life and give her chances to enjoy her life with people who love her. This experience made me learn what truly means making sacrifices for person that we loved. It wasn’t an easy sacrifice that my parent has done to raising us. Besides, the most important thing is the positive lesson it taught me, that is never gives up fighting, no matter what happens because there is a hope for everything in life. Syafiqah, I just want to say I love you and I wish you always in the pink of health. I'll going back soon, so stay healthy okay
AYAH is my HERO...AYAH semangat ku....
07:47 |
SERDANG, MALAYSIA.
27/2/2011
11.29PM
AHAD
HARI INI DALAM SEJARAH....Tura menulis post nya yang pertama.....
Hari ini aku seperti diberikan kekuatan selepas ayah menelefon ku sebentar tadi....sebak....rase nak menangis pon ade....
ini menyebabkan aku bersemangat untuk menulis post pertama ku mengenai AYAH....
Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?
Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaan mu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?
Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajak mu bercerita, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah penat ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?
Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajar puteri kecilnya menaiki basikal .Dan setelah ayah mengganggap mu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu.Kemudian Ibu berkata : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....
Tapi sedarkah dikau? Bahawa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.
Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi bukan sekarang". Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.
Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khuwatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut. Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar khuatir akan keadaanmu..
Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu? Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil menghepas pintu...
Dan yang datang mengetuk pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu, bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam hatinya, bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu,Tapi bagaimana lagi dia HARUS menjagamu?
Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali mengintip saat kamu sedang berbual berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?
Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatir dan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu bertambah. Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"
Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.
Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain, ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukanhanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.
Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...
Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!"Padahal dalam hati Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?
Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.Ayah akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.
Dan akhirnya....
Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis kerana ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"
Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjaga mu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa,Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah seorang yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harusterlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..
Yup, banyak hal yang mungkin tidak bisa dikatakan Ayah / Bapak / Papi/ Abi/Abah kita...tapi setidaknya kini kita mengerti apa yang tersembunyi dibalik hatinya. Pohon maaf dripda ayah sementara hayat nya msih ada..
P/S: bg rakan2x yg sdh khilangan ayah, takziah sya ucap kn...tpi ingat lah bhwa ibu kwn2x sume adlah penggnti ayah anda sekarang. sayangi mereka..........
wallahu a'alam.


Subscribe to:
Comments (Atom)






